30 November 2011

dah sampai tahap independent!

hello readers!
lama tak update. ada lagi ke pembaca setia blog aku nie? nak blogwalking pon aku malas. aaaaar. lately mak busy nyah!

semalam untuk 1 hari aku jadi berdikari bukan mamak makan kari ok. keluar rumah dari pagi balik petang. semua nya pasal nak settle kan aku punya kemasukan ke politeknik.
sebenarnya planning nak keluar dengan kawan. atleast ada la juga peneman dalam kereta. tak de ar aku kene ngorat nanti time drive. tapi last minutes cik kak tu bagitau dia tak dapat nak teman. nak tak nak aku kena pergi sorang-sorang juga. takpa Allah dengan malaikat selalu ada dengan aku. dari pergi sampai balik tu je yang aku fikir. Alhamdulillah.

mula dari pagi aku ingat nak singgah je dekat klinik nak tanye pasal bayaran untuk medical check up. aim dia cuma nak tanya yang buat xray nie lelaki ke perempuan then akak tu cakap perempuan. tangan di dada mata ke atas. legaaaaa~ sebab aku pilih klinik nak buat mc, klinik nie cepat dapat result dari hospital walaupun bayaran dia lebih sikit dari hospital. keselesaan di utamakan :)

lepas buat mc terus drive ke tabung haji untuk transfer duit ke maybank. fyi, tabung haji nie tak pakai kad. ke hulu ke hilir kene bawa buku 555 colour kuning dia kalau nak keluarkan duit. so malas nak kene banyak singgah kat tabung haji, aku transfer sikit duit ke maybank. kalau nak cucuk je kad. ye dak?

lepas settle semua tu baru aku singgah bank islam untuk settle kan payment pendaftaran segala bagai tu. first time berurusan dengan bank islam memang cangak sikit. cangak nie macam jakon. huhuhu. konon masuk bank tu terus pergi dekat bahagian borang. amekaw! terkial-kial. takpe biar aku tak tau malu nak bertanya dari aku malu tersilap. sampai 2kali la tanya kat kaunter borang apa yang patut aku isi.
tu semua pengalaman....

and lastly aku ucap tahniah kat diri sendiri sebab aku boleh buat semua tu dengan sendiri.!

happy reading!
till then. keep in touch~

p/s: thanks for comment. lepas nie mungkin lagi busy selagi aku tak masuk poli. tapi kalau ada masa aku akan update blog nie! mmmuah!

23 November 2011

spongebob perli aku

hello readers!

cuti sekolah kembali lagi la weh! saat nie paling aku idam-idam kan. penat bangun pagi pakai baju sekolah pakai kasut pergi sekolah dan nie saat yang paling aku nantikan. holidays! sekolah tutup. nak masuk sekolah pun pak guard cakap tunggu tahun depan. kalau pak guard cakap macam tu masa awal tahun kan syiok. hujung tahun je sekolah. jimat susu dutch lady yang mak aku bancuh tiap-tiap pagi buat sarapan. jimat duit belanja yang ayah bagi tiap-tiap hari. jimat tenaga aku. jimat nie, jimat tu. ok aku tipu. lupa aku dah habis sekolah sekarang :p
ini serious. i miss all the moments! :')

hari tu aku bace paper. baca punya bace.. wow! wooo! wooohoooo! aku jumpa something.

aku tak tahu la nie provokasi atau perlian semata-mata. punca je aku tak nak pergi mana-mana cuti sekolah nie. punca je aku tak nak gi kenduri kawin sabtu ahad nie. aaaaa. dilemma. sebenarnya bila tengok-tengok mukasurat tu aku jadi macam dak-dak hitam atas tu haa. jakon seh!

dan spongebob and the gang pon buat muka macam harem. gila kuat pengaruh dorang. Gary mengesel-ngesel kat kaki aku sambil mengiau dengan niat supaya aku terpengaruh, Squidward pon berkata jom la join kteorang comfirm best., Mr. Krabs siap bagi krabby patty percuma tiap kali aku drive-thru nak beli, Sandy Cheeks pon siap offer kat aku nak bagi dia punya costum kalau aku join dorang. ape mende nie????
nak join ke tak? so i said

mane boleh lepas kan peluang nie. korang pon akan tergugat iman siapa yang otak macam aku. masih lagi melayan dunia kanak-kanak ribina. mari adik-adik, mari kanak-kanak, mari, mari...


dengan hanya berbekal kan dua batang gigi di hadapan senyuman manis lagi menawan dak spongebob nie berjaya menawan aku. ergh!
so readers,
dont miss all the programme. best wooo. citer time aku tadika pon ada lagi tu haaa. adik-adik sayang. sila set kat mind u all untuk rebut kan remote control bila citer kartun tu start ye. ok. kamu awesome!

happy reading!

till then. keep in touch!

aku nak mengaum boleh?


salam

hello peeps!

kumpul tenaga weh untuk mengaum lagi sekali bagi skuad harimau malaya lawan syria!!! semangat gila aku! sejak bila? sejak malaysia menang sea games kat Laos. (o.o)''

tahniah lah untuk skuad bola sepak negara yang menang baru-baru nie lawan indonesia. memang terbaik lah khairul fahmi jaga tiang gol. walaupun banyak provokasi antara 2 team negara nie. tapi malaysia tetap menang!
fuuuuhh... semput aku tahu tak tengok perlawanan dorang nie. bila dah goal offside pula. bila nak jaringkan goal duk sebuk pegang jaring pula si ponai bonai tu. aku pon pelik ape ke motif nye tiap kali player dia nak jaringkan goal dia mesti nak goyang-goyangkan jaring tu.

ramai jugak la orang indon yang tak puas hati dengan keputusan perlawanan tu. sampaikan ada yang mati sebab nak masuk stadium nak bagi semangat kat team dorang. tu baru betul peribahasa ada sebut bermati-matian untuk menang. macam-macam la dorang buat. tebal betul tahap benci kat malaysia. musuh tradisi la kata kan. tapi cari duit kat negara malaysia juga. ape kes?

masa skuad kita nak balik pun dorang tahan. gila!. yang tak boleh blah tu time team malaysia nak celebrate kemenangan dorang, ade pulak 1team nie tahan nak buat urine test kat players. ape key hell??
special jugak la dorang kat sana. nak balik hotel pon naIk kereta perisai. engkau hadee? kat malaysia pon payah orang biasa nak naik kereta tu.

tapi tahniah la buat team malaysia. walaupun banyak dugaan yang dorang dapat tapi semangat dorang tetap ada. cuma masa penalty kali kedua tu agak kekwat sikit team kita sepak. ape ntah nama dia. over confidence. bola pon slow je pergi. so, kumpul kan semangat korang untuk lepaskan next match nie!

go Harimau Malaya!!



MALAYSIA VS SYRIA


14 November 2011

bila anak pulang bawa calon menantu



salam semua

hai korang!

hello peeps!

Jumaat lepas aku tengok rancangan Wanita Hari Ini. btw rancangan nie rancangan favourite aku. sebab program nie satu program perbincangan pasal masalah wanita zaman sekarang. and perasan tak topic kali nie dorang bincang pasal bila anak pulang bawa calon menantu. 


agak rasa tak puas hati la. sebab dorang kupaskan isu nie dengan semua wanita. i meant yang tetamu datang time tu semua wanita. tetamu jemputan Norsheila and her daughter and also the woman motivator. sorry guys aku tak ingat apa nama dia. tapi  sepatut nya invite lah motivator lelaki sama sebagai penyumbang pendapat dalam isu ini. bila anak pulang bawa calon menantu macam lah only mak sahaja yang patut bagi opinion. ayah pon kene juga.



korang pernah bawa balik calon menantu untuk mak ayah korang ke rumah? semua pernah kan. aku tahu zaman laa nie sume orang dah open minded selagi tak berlandas kan syariat. honestly aku dan abang-abang aku pon pernah. let see kita bagi pendapat berdasarkan pengalaman dan bukan sekadar cakap tak serupa bikin ok?

bagi aku dengan siapa aku berkawan dengan siapa aku buat double kawan semua aku bagitahu parents aku. bukan aku nie jenis anak duduk bawah ketiak mak 24/7. setiap mase kene buat report apa yang aku buat.
tapi pandangan orang tua nie lagi berkesan dari pandangan kita yang semua dah jadi positive bila dah suka someone tu. kan?
so bila nak cakap aku bawa balik calon menantu untuk mak ayah, pernah. tapi atlast. jadi menantu tak jadi.
sebab pandangan mak ayah aku ada pro contra. anak yang baik macam aku mesti kene ikut cakap mak ayah. so the relationship is berekap. kawan biasa pon dah memadai. restu mak ayah more important. baik bagi dorang baik lah untuk kita.

back to the topic asal,

dalam program tu diorang hanya bincang kan pangkat, pelajaran, perangai, peribadi calon menantu tu. "i akan terima bakal menantu if dia kerja bagus, pandai pikat hati i, pandai jaga anak i" plus pula the motivator tu ada cakap yang calon menantu bila bertandang ke rumah parents gf/bf tu kene lah sopan, pandai jaga hati. hello, is that the main point element ke kalau nak pilih calon menantu tu macam mane? haiyaa.

sorry to say. if u nak jadi motivator u should have some element part of the religous- by Dr. Tuah. so conclusion aku tengok, dorang tak selitkan pon sikit pasal 4 perkara yang di maksudkan Rasullulah s.a.w kalau nak pilih bakal menantu, isteri, suami.
" 1] cantik/handsome @ ada rupa  2] keturunan  3] harta  4] agama "
bukan maksud aku dari perkara tersebut, dia ada 4 pakej tu terus u take her bawa jumpa tok kadi kami nak nikah sekarang! tapi u should think smoothly...
sebab hadis mengatakan:
1] jangan pilih wanita itu dari kecantikannya, sebab itu boleh bawa kehancuran
2] jangan pilih wanita itu dari kekayaanya, sebab itu boleh bawa kesombongan
3] pilih wanita itu sebab agamanya. sesungguhnya wanita yang hitam lagi cacat tapi taat beragama adalah lebih baik dari wanita yang cantik dan kaya tapi tidak taat beragama
4] pentingkan 1 itu iaitu agama nya, maka elok lah yang ketiga-tiga nya yang lain. 
and ada pula makcik tu yang buat talian. dia mengadu pasal hubungan anak dia dengan boyfie anak dia. couple nie 21 tahun tapi nak stop belajar sebab nak kahwin. makcik tu tak setuju and suruh couple tu sambung belajar sampai degree. "korang nak bercinta ke nak kahwin ke tapi tunggu la sampai dapat degree. atleast pendidikan tu ada"
anak dia dapat degree nanti comfirm ke dia dapat kerja? glurp! *garu-garu kepala.

sebenar nya nak jadi menantu pilihan bukan nya susah. asalkan kita tak menyusahkan mentua kita. pandai masak, didikan agama cukup, budi bahasa ada pon dah memadai. erh yeke?
mak aku pon pesan suami nie kalau nak jaga dia senang, 'ikat' perut dia. bukan 'guna-guna'.
tapi masak lah!


bila dah mentua berkenan baru lah boleh meloncat-meloncat macam kangaroo kene belancan.




so wahai pakcik-pakcik, makcik-makcik sekalian. nasihat dari saya yang baru setahun jagung kenal dunia nie. elok kan lah anak-anak anda kalau anda nak menantu yang elok, yang baik.
baru nanti boleh canang "menantu kau kerje ape piah? kerje drebar kapal terbang jee haaa" eceh!
jangankan nanti pula jadi macam nie "menantu kau keje ape piah? kerje kat ospital je kata nya. bila oncall dorang panggil. tapi tak pernah plak aku tengok dia pakai kot doktor" 


p/s: meriah kak ton promote produk dia. aku kat dapur pon boleh dengar dah suara dia. kecooooh -.-'

selamat membaca.

till then. keep in touch~

11 November 2011

watak-watak pengguna Facebook

salam jumaat

hello peeps! haii

sekarang nie aku dah boring dengan facebook. tapi 24/7 sign in dengan facebook. ape kes? sebab dah jadi tabiat tak senonoh tu di amalkan, so nak stop kan tabiat kene makan masa. ceh!
bila online je tengok macam-macam watak yang ada dalam facebook nie. betul ke?
lately aku suka baca post orang dari update post aku sendiri. why? seronok macam-macam peel ada dorang nie post.

ok kau nak cakap lantak aku la facebook aku. tapi kat sini aku nak cakap kau fikir tak pandangan orang yang baca post kau? sampai kan nak ke jamban pon kau nak bagitau orang. orang bukan akan cakap oh babe! awesome! tapi orang akan cakap oh babe! annoying kau tahu tak? so kalau dah memang matlamat kau update post tiap-tiap hari untuk kau sorang baca, go on. ape ke hell?

watak-watak pengguna Facebook :
1) super model
   tukar default picture setiap hari, setiap jam.

2) criminals
    tukar nama profile setiap hari.

3) over acting? @ perasan bagus/bajet
    nama menggunakan simbol-simbol sehingga menyusahkan kawan-kawan nak cari terutamanya ketika          kecemasan. contoh 71M@T -----> JIMAT


4) wartawan
   suka menyampaikan pesanan walaupun tak penting.

5) pengganas
   suka menyebarkan link yang berunsurkan ugutan. contoh sila sebarkan pesanan ini. jika tidak anda akan di timpa musibah/ bencana


6) artis
   suka update status every 5 minit. jam dekat tangan dah memang set tiap 5 minit wajib update.

7) bingung
    tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'

8) perasan hebat/ bodyguard
    selalu melaporkan di mana lokasi semasa setiap masa. contoh otw ke Maidin. kemudian di Maidin Mall shopping kejap. kemudian orang ramai sangat kat Maidin nie. kemudian cashier dorang nie lembab. bla, bla, bla.... semua berlaku dalam masa 1 jam. come on la. so annoying ok!

9) budak hingusan? 
    selalu menampilkan gambar dengan gaya aksi yang menarik? hurm -.-' contoh buat mulut muncung mata bulat upload gambar letak caption saya comel tak?


10) showoff
      ini trend. nak makan pon take 5 minutes untuk ambil gambar dulu lepas tu upload. kalau guna BBM cepat la. kalau guna lappy? haaaaa.

p/s: macam-macam watak ada. korang watak yang no berapa?




selamat membaca!

till then. keep in touch~


9 November 2011

dear makcik

salam

hai

hey korang. aku update lagi.

topic kali nie aku nak bagi pandangan sedikit pasal makcik nie. yang pasti bukan makcik aku. lega.sigh.
sebenarnya dah lama aku perhatikan makcik nie. hai makcik. fathin selalu stalk anda! gila bengap kalau aku nak pergi kat makcik tu then cakap macam tu. memang lunch penampar.

apa yang aku perhatikan sikap makcik nie. bila tetamu datang rumah then pulang, dia akan cepat-cepat sapu laman rumah dia lepas tu jirus air. faham tak apa yang aku nak sampaikan nie? bukan aku nie jenis yang jaga tepi kain orang. tapi tengok kan habit makcik tu sangat annoying.
hello beb! patut ke tetamu pulang tak sampai 5minit blah makcik tu terus buat habit dia? first aku tengok naik pelik. second aku tengok naik heran. third aku tengok naik menyampah. sumpah aku tak nak pergi rumah makcik tu.


sebenarnya dah memang menjadi kebiasaan orang datang pakai kasut yang entah tempat mana dorang pijak then terus datang rumah kita dah memang comfirm la kotor. habis tu kalau dah 3 family datang 3 kali dia nak kene sapu lepas tu jirus lantai dia. tak pernah di buat dek orang. tapi makcik nie buat. come on la. kita hidup berjiran. memang tetamu tu tak nampak. tapi orang sekeliling nampak. secara tak langsung orang akan fikir negatif dengan perbuatan tu.

dalam islam pun ada bagitau tetamu datang bawa 1000 rahmat pulang bawa 1000 dosa. erh! siapa tak nak macam tu. tapi di sebabkan makcik tu tak tau. tu yang dia masih teruskan habit tu. so start dari hari nie, korang meh la datang rumah aku.! kidding :)

happy reading!

till then. keep in touch~

8 November 2011

insaf

salam

hai, hello korang, hello mak cik, hello pak cik. hello ok sudah.

as u know, aku nie memang kaki shopaholic yang bila ada duit kat tangan akan terus habis. tapi bila takda duit akan duduk diam dan zip mulut then kalau nak beli pon akan fikir 24 kali benda tu berguna untuk aku atau tak. bagus aku kan?. tapi kebelakangan nie semenjak ada duit kat tangan. pergi mana-mana tempat mesti aku nak beli kasut.

bilik aku belum sampai ke tahap ini lagi

erh gila ke? kasut dekat rumah pon dah belambak. tapi bila dah nafsu makan diri tak kira kasut dah banyak ke tak tetap nak beli juga. mak membebel kaki ada 2 tapi kasut banyak. sebenarnya mak aku jealous :p
favourite brand aku dr. cardin. selesa di pakai and simple. ada sepasang kasut nie memang aku dah usha dari hari raya haritu. memang lawa. price 2 hundred lebih maybe. datang nak beli dengan mak ayah. of course diorang tak bagi! kalau aku pergi sendiri. of course aku terus ambil bayar. gila buruk perangai.
dorang pujuk aku "beli lah kasut lain. yang murah tapi nampak lebih kurang sama. kalau harga tu boleh dapat 2,3 pasang kasut"


sampai sekarang bila pergi dr. cardin butik aku still tengok design tu lagi takut kalau-kalau ada orang dah beli. umpama melawat keluarga. ish! teruk!
tapi bila pikir-pikir balik. betul juga. aku nie tak reti bersyukur. kasut belambak dekat rumah siapa nak pakai.? yang ada dalam kotak pon tak penah pakai lagi. aku takda kakak atau adik yang boleh kongsi kasut. nak kongsi dengan mak memang dia akan nampak sebaya dengan aku. nak harapkan abang-abang aku yang pakai memang akan nampak macam pondan Lorong Haji Taib.

ini serious. memang aku insaf 

mula rasa insaf. anak dara yang macam aku dekat somalia, zimbabwe tu tak pernah dorang nak fikir kasut jenama nie, jenama tu, heels, flat, selipar, sandle, etc..
so sekarang nie. bila nak beli barang-barang aku akan fikir 24 kali. even barang tu price rm245 less 60% itu masih boleh di pertimbangkan. aaaaaargh..

selamat membace.

till then. keep in touch~

7 November 2011

SEGMEN JOM NAIKKAN JUMLAH FOLLOWER DENGAN MENDADAK!

salam

hello peeps!

kejap..
segmen Azfa

tadi tengah-tengah blogwalking aku terjumpa 1 blog nie. blogger Azfa nie ada buat 1 segmen. main point untuk segmen nie adalah untuk meramaikan follower korang yang tak ramai. macam blog aku tak ramai follower elok lah aku join this segment. and for those yang dah jadi follower aku. terima kasih banyak-banyak! korang semua cool!.

mari ramai-ramai join this segment.
boleh tag kat orang lain. tapi aku suka buat rule sendiri. aku tak tag sebab aku dah tinggalkan link.

happy joining.
till then. keep in touch~

6 November 2011

kucing dan hukum hudud

salam semua

hai, hello korang.

macam biasa bila start pukul 8 family aku akan berkumpul kat ruang tamu tengok berita. dah jadi rutin kteorang.
dari banyak-banyak berita kteorang tengok, 1 berita memang kteorang concentrate sangat berita pasal kucing kene potong kaki. nama HERO korang boleh klik. terasa sebak juga bila tengok. sebab family aku memang suka kucing.


the reason Hero nie kene potong kaki dia sebab dia curi ikan kat restoran. so bila owner tu dapat tahu dia potong 2 kaki depan Hero nie. geram punya pasal. apa yang aku nak mention kan sangat kat sini. owner restoran tu sangat bodoh. kemungkinan akal dia letak dekat lutut. belajar tinggi-tinggi. bodoh bertingkat-tingkat. nasib baik ada seorang hamba Allah nie tolong Hero. dia bawa balik rumah then terus rawat Hero guna gamat sahaja. Allahamdulillah kuasa Allah, Hero dapat hidup lepas 5 tahun benda tu berlaku.
kau memang hero, Hero. terima kasih hamba Allah tu!

apa yang aku nak samakan kes nie dengan hukum hudud, maybe the idiot owner tu nak try test hukum hudud dekat haiwan sebelum buat dekat manusia. in case, dalam hukum hudud orang mencuri kene potong tangan.
tapi sebalik nya the idiot owner tu berjaya laksana kan hukum tu ikut style dia. tahniah!
nasib kau bukan orang islam.

Hero Malaya

kesian Hero
#gambar sumber google


selamat membaca!

till then. keep in touch~

5 November 2011

kanak-kanak jujur

salam korang.. n happy aidiladha

hai. entry baru. gaya penulisan baru. masih kah?. masih dalam pembaikpulihan. hal-hal peribadi yang mungkin akan di kurangkan juga. sebab saya kaji balik maksud saya tengok blog orang, cari idea, kualiti bukan kuantiti yang kadang-kadang buat orang jelik nak baca. so what should i do, huh? berubah la kawan! bukan saya. tapi blog nie :P

saya suka sangat berkawan dengan kanak-kanak. sebab saya tak rasa tua bila bersama dorang. heh? apa yang dorang cakap bila bersembang dorang akan cakap jujur. serious. nak kritik kau pon dorang tak pandang kau tu siapa. tanpa selindung dorang akan puji/kritik kau dengan jujur. 

so guys. jangan korang nak rasa kecik hati atau ringan-ringan tangan nak menampar kanak-kanak bila dorang kritik kau. itu yang sebenarnya diri kau. cuba try kau tanya kawan kau. "weh, aku tak hot ke sampai takda market?" kawan kau akan jujur jawab "erh, mane ade. aku tengok kau lawa macam neelopa. mamat yang buta je tak nampak kau". itu kawan. but honestly kanak-kanak dia akan bagi jawapan "akak nie tak lawa" fullstop!

pernah sekali saya ikut abang pergi buka puasa dekat orphanage. ada 2 girls dalam lingkungan 7-8 tahun tak pasti, pandang saya senyum-senyum. then saya pergi dekat dorang "kenapa senyum-senyum pandang akak?" salah sorang dari cutest girl tu cakap "kawan saya cakap kakak comel" dorang terus blah sambil bisik-bisik. malu lettuw! fikir saya. terima kasih!

itu pujian......


benda nie berlaku masa sehari sebelum raya. sepupu saya baru berumur 7 tahun. kteorang decide dengan sepupu-sepupu lain nak keluar ke bandar. tengah-tengah bersiap dia tegur salah sorang baju kteorang "baju sapa nie? tak lawa. macam baju nenek" ok. dia memang berani bagi statement. cool huh? tersentap mungkin tuan empunya baju. kalau 10 orang budak kritik macam nie, memang saya pon akan sentap dan mengejek. eergh! kau tahu apa? kau budak-budak!.

itu kritikan.....


so kalau kau nak tahu apa kelebihan kau, apa kekurangan kau sila bertanya pada kanak-kanak. bukan kanak-kanak yang otak dorang dah 100 per 200% di pengaruh rakan sebaya or keadaan sekeliling tapi dorang yang masih baru kenal apa erti kehidupan. nie pendapat dan pandangan saya. ada apa-apa cadangan untuk menambahkan pengetahuan sila kongsi bersama.

selamat membaca!

till then, keep in touch~

p/s: masih dalam keadaan betul kan blog nie sebab tangan saya manual sangat nak menekan benda yang tak sepatutnya. at last, semua jadi tak kena. teruskan singgah ke blog ini. terima kasih yang bagi support!

4 November 2011

3 November 2011

kene tag! 2nd time nie! kesian~

Assalamualaikum

lama tak update entry. hope ade yang maseh setia jadi pembaca blog hakak nie haa. tadi faten check-check comment tengok ada orang yang sudi tag faten. siapekah gerangan nye? wah! macam kes peminangan putri gunung ladang plak. by the way, thanks to blogger aReLan sebab sudi tag faten. kalau dah ade orang yang tag kat faten. kali nie faten teringin plak tag kat orang. ini bukan contest yang akan dapat hadiah coki-coki angry bird. bukaaaaaaaan. ini saje-saje je. macam best. try la! tapi ade jugak rule die ye.



1. You must post these rules
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tag backs.
7. No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you're reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.


1 perkara pasal faten yang korang nak tau:

1. kuat tidur!
2. suka shopping. tapi bila nak beli, pikir empat puloh kali.
3. suka pakai tshirt abang-abang.
4. pantang sangat kalau menunggu orang. tapi orang menunggu faten tak pe. :P
5. loving kids! lagi-lagi yang montel-montel. anyonyonyo
6. suke sangat la jujur. ehem! bukan lurus bendul ye.
7. fans asam pedas
8. movie favourite My Sassy Girl. tengok lime puloh kali pon tak bosan. siap letak movie tu dalam henpon. 
9. ofcoz la kak kidal!
10. bile gabra otomatik nak letup kan jari-jari bagi hilang kan nervous
11. lembut tapi tegas! cool!

soklan yang dak aReLan nie tag kat faten tak lah susah bangat. ceeeh! soklan-soklan nye adalah seperti berikut:

1. Bagi yang pernah bercinta, dah berapa kali korang bercinta atau tukar pasangan?
adeh. bercinta...2 je kot. kot! huhu

2. Friendship or love?
frienship lar.

3. Kenapa blogging?
mak yang paksa! erh tak. sebab nak ngisi masa lapang. nak menulis kat buku memang tak la.

4. Benda (bukan orang) paling korang sayang?
banyak kot. yang paling sayang mesti ar benda yang orang tersayang bagi. sayang sangat-sangat!

5. Ciri-ciri rumah idaman?
gase nye baru je bincang bape hari lepas. hehe. modern kotemporari. tak nak dah yang macam kat umah nenek.

6. Pendapat tentang politik Malaysia.
boleh tahan la. yang baik kite ikut. yang tak baik kite canggah la.

7. K-Pop atau J-Pop atau M-Pop, mana lagi korang suka?
pop corn ade? :p

8. Lagi suka keje kerajaan atau swasta & kenapa?
kerajaan. sebab banyak kemudahan untuk diri ngn famly. tapi gase nye nak swasta! hehe

9. Nak anak berapa?
amboi soklan. ade rezki 3 je kot. tak pon 4. ramai-ramai pon nanti tinggal be2 jugak dengan husband. eceh!

10. Destinasi perlancongan impian?
parit. erh. paris! 


11. Kalau bosan buat apa?
gigit kuku. ce try ape rase? hehehe. selalu nye dengar lagu. tapi baru dapat hobi baru. bace buku motivasi!


soklan faten pulak bagi mangsa-mangsa seterusnya..... (nanti kau ya)

1. bila last korang say i love u mom/dad?
2. pernah kentut dalam kereta? ape reaksi orang yang dalam kereta tu?
3. benda yang paling memalukan korang pernah buat sampai tak boleh lupa?
4. ape fikiran korang bila someone post pasal masalah bf/gf dorang dekat fb, twitter?
5. greyson chance? justin bieber?. kenape die?
6. lelaki pakai baju pink sweet? macho? pondan?
7. kes buang bayi sekarang meningkat. korang rase orang yang buang nie patot.....
8. kenape dekat ipta sekarang nie ramai perempuan?
9. siape yang menjadi inspirasi korang?
10. tempat yang korang nak pergi untuk insaf kan diri? *kecuali mekah.
11. ape pendapat korang pasal blog faten? HEHE :P


yang kene tag.... sila bangga sikit. ini bukan paksaan ye. 

28 October 2011

all the best!! *spm 2011*

Assalamulaikum

dup, dap dup, dap. macam mane rase sekarang spm candidates? aaaaaa. time nie mesti dah rasa aura spm kan?.  mula la dah rase mandi tak sabun, tidor tak ngantuk, makan tak kenyang, buat kerja sume rasa tak menyempat dah. silap-silap nak ''membuang'' pon perapkan dulu. pendam je hasrat tu. ah! lantak! aku nak study.
14/11/2011 korang mesti dah catat kat diari kan tarikh tu? tak nak kalah jugak yang siap tulis
dekat status facebook attending the date. erh. ade je orang macam tu. ade jugak yang siap set kat alarm phone the date. itu style i. sungguh bertuah ye tarikh tu. silap-silap haribulan ade jugak terikut cuti sekolah macam student lain. dah terbiase. jangan tersengih ye! sebab benda nie pernah berlaku. 
ape?? bukan i la. *tunjuk penumbuk* ish. ish. ish

preparation dalam 'peperangan' nie kene kuat dari segi mental dan fizikal. bukan esok nak exam seminggu sebelum tu baru kelam kabut nak prepare segala bagai. oh! jangan. tolong jauhkan sikap macam tu. dalam sebulan dari spm korang akan rase lagi bersemangat tau. banyak 'penceramah-penceramah' yang akan support korang sampai ke tahap korang akan rase.. tak sabar-sabar nak jawab paper. erh. yeke?

study-study jugak. makan minum jangan lupe. tapi setengah students akan rase tak lapar. waktu makan tak terurus. setengah student akan makan bila penat study. itu cara i. wuwuwu. bila dah asyik makan. tau-tau jela pipi pon boleh jadi bulat. 
ingat! Allah selalu dengan kita. sentiasa mohon doa, puasa dan buat solat sunat selagi termampu. bukan kita buat just time exam saja. :) kalau nak study cara i. tidur awal. bangun pukul 3 pagi, buat solat sunat, baca yassin then baru study. korang akan rasa tenang je. cadangan saja. siapa yang buat style macam nie. alhamdulillah.

so tak nak cerita panjang.... semoga berjaya kepada semua calon-calon spm especially pada my lovely cousin Aida and my smart boy Hafiz *congrats for ur trial. buat mama dengan ayah bangga*. jawab dengan tenang. banyak kan baca ayat 3 Kul, ayat kursi, selawat. insyaallah. Allah maha mengetahui segala galanya.. buat famly korang menangis sebab bangga dengan korang tapi bukan sebalik nya. SEMOGA BERJAYA!


*moments to remember*

seronok sangat dapat pengawas yang jaga exam kteorang sangat sporting habis. bile i senyum dorang senyum. bile angkat tangan dorang datang kat i. time nie tangan memainkan peranan penting tahu. sila hargai tangan anda. bile i nak ke toilet dorang ikut. macam rasa macam VIP plak. pergerakan i dorang perhati. tapi bila mintak jawapan. dorang terus cakap. u nak kene gantung dari jawab exam ke? takuuuuuuut.
baru sedar yang i candidate bukan VIP lagi. huhu

ade sorang pengawas lelaki nie masuk time exam bi paper II. terus i hilang fokus. ya Allah hebat nye ciptaan Mu. rasa nye bukan i sorang berperasaan macam tu. tapi sekali all candidates girl! errr. *laga-laga gigi* ngilu tak weh?. terus hilang idea. menyesal aku pandang dia. selawat banyak kali baru tenang boleh jawab paper.
gila! pengalaman.....

ecececeh!



tu budak tu. duduk tepi tingkap lagi. senang nak dapat idea

tu budak tu. siap tidur lagi bila kene angin duduk tepi tingkap.
erh! tak. time nie tengah  rehat jap. eceh!

ok. i suke sangat gambar nie. dalam tengah muke frust siap boleh bagi peace

me & Wafie. before paper III biology

dengan pengawas yang jaga time last exam.
me, Jieha, Dila. muka masing-masing tak terurus


yeay! freedom! muke senyum nak sampai ke telinga dah lepas azab spm
Aidid!! motor kau masuk blog nie :D

till then. have a nice day!


24 October 2011

the precious graduation night

Assalamualaikum

baru-baru nie i tengok dekat album junior i mostly ramai upload picture graduation. mule-mule tengok waw!, wow!, fulamak! hebat dorang nie. lagi-lagi perempuan cantiks! mula la teringat balik time graduation i dulu-dulu. *padahal baru tahun lepas tinggalkan sekolah* . bile cikgu mula umumkan pasal majlis graduasi nie dekat perhimpunan, aaaaaaaaa mule la muka-muka excited dak form5 berseri-seri macam dapat nur dari torchlight. yang hitam manis jadi menawan lagi berkilat. 

dalam kepala otak dah mule fikir macam-macam nak pakai baju ape, tudung, kasut, handbag, erh! nak mekap ke tak. this is all about girl biase la kene pikir sume tu sebelum pergi..........SPM yang dah tinggal 2bulan tolak ke tepi. push. push. push. padehal majlis ade lagi mase sebulan. kaw-kaw punya excited! cikgu mengajar kat depan tapi otak ke lain. dah sampai ke majlis tu agak nye. bile cikgu mc tak datang.. oohooohoi! nie mase yang paling berharga! dak perempuan mula lah buat group kat belakang bincang pasal majlis tu.
giler havoc! termasuk i! :p


lip lap lip lap. pejam mate bukak balik pejam bukak pejam bukak, dah sampai ke mase majlis tu. cikgu kelas i dah pesan. majlis nie only a few hours. tapi penangan die sampai sebulan. ye ye ooo je cikgu nie. *tak pecaya* majlis nye malam. ulang sekali lagi. malam ye. ok para form 5 smksm this year sila jangan jelez :p. lepas semayang maghrib sume tu kteorang bekumpol dekat sekolah sebab nak naik bas untuk pergi dekat Orient Star Resort tu. atas faktor tak nak bebudak melencong after majlis tamat.


sampai-sampai je tempat tu....waw!! bukan excited tengok ramai dah jadi cantik. tapi teruja 1st time masuk resort tu. ok! i memang jakon. padahal dah lama tempat tu ade depan mata. masuk-masuk dewan makan, cikgu sume jadi pengadil maybe. pandang students nya atas bawah atas bawah. kenape cikgu? tak pecayo?
yang kat sekolah comot jadi lawa, yang ade macam mak datin pon ade, handbag pon kalah cikgu, yang kat kelas dia kecoh tiba-tiba jadi pasif *nak kan title prom queen lettuw*. oh! btw, i rase malam tu sume cover-cover cun. yang gelak suke kuat-kuat tibe-tibe gelak tutup mulut. kemain pemalu! gagaga. *gigit jari*

tak kurang hebat yang lelaki pon same. kat kelas baju glebeh-glebeh, tie ikot suke nak pakai longgar. tapi time tu, wow! ade contest jejaka perasan ke? aaaaaaaaa.... ensem nye korang. kemas je. sampai budak classmate pon i dah tak cam. blurp! kasut kemain lagi! kalah muncung boye.

tapi tahun nie i dengar junior kteorang buat majlis tu petang. tak feel sangat. tapi dekat Teluk Batik Resort. ok la tu. tepi pantai! best wooo. *ayat nak sedapkan hati* lepas jamuan habis dorang banyak shoot kat pantai. lawa!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Jieha, Dila, Tiqah
*tak puas hati dorang sume dapat 1 meja. i tersisih kat meja kelas lain :(*

Asma happy banyak dapat hadiah lucky draw

sape nie? gagaga. me at red carpet

Dila. perasan tak baju kteorang etcelly sama. tapi corak je lain :')

Jieha

Dila, Asma, me


me, Wafie. cikgu called us datuk dan datin
tapi i called datuk my PA. siap ade earphone segala.  hihi

me with Jieha the bff

Asma with Syaffiq

Syaffiq

Syaffiq, Hadi, tak tahu name. bukan classmate. huhu. Ridzuan, Syafiq

Wafie yang rambut nye bekilau macam M. Daud Kilau

Eqie with Tiqah

Muka letih. dalam bus otw nak balik. tapi yang bagi peace gagah ada tenaga lagi.
time nie, tie nak longgar ke, tudung tak betul ke, baju dah comot ke sume tak kisah.




have a nice day. thanks for read!

23 October 2011

sugar glider yang ohsem weh!

Assalamualaikum

sementara mood type kat jari nie masih rajin dan hardworking. ade je idea nak luahkan kat blog kesayangan i nie. ok dah. korang pernah dengar sugar glider? sugar penah? tau pon. mesti lah gula. penah dengar glider? google translate is gelungsur. so bile combine tambah tolak campur darab bahagi jawapan nya is gula gelungsur! aaaaaaaaaa.... memang tak wujud la binatang nie.

sugar glider takpon name die tupai terbang nie dalam spesies tupai jugak. tapi tupai boleh terbang jugak kan? sebab tu name die sugar glider. tapi. ok i pon dah pening. nanti sila search kat wiki-wiki pedia. i start mengintai sugar glider nie dari awal tahun ritu. die comel sangat! so dari situ, i mula buat tesis pasal die, die makan ape, tempoh die hidup bape lame, die nie, die tu, die nie, die tu sume lah pasal die. nak bawak pegi jengjalan pon senang. makan tak cerewet. conclusion nye is veghie-veghie simple bila bela sugar glider nie.

mak geli tengok sugar glider nie. so mak tak encourage sangat i untuk bela. sedih. kate nye muncung binatang tu macam babiz. sebab tu die geli. name pon geli der! aaaaaaaaaa mak. mane ade. sampai hati mak nie. ayah diam je. ape-ape pon boleh. hehe. tapi abang-abang... dorang pon minat jugak! uaaaargh. tak sangka. walopon kite masing-masing dah duduk jauh sekarang kite tetap ade firasat minat yang same.
giler terharu dapat abang-abang macam korang nie weh!. 

jadi kebetulan haritu kteorang singgah kolumpo. kteorang saje pergi dekat uptown Danau Kota. abang i yang dak fikrie tu cakap ade orang jual kat situ. die dah master kolumpo. so sume tempat die tau. tabik spring! lepas nie amik GPS campak buang kat parit. bile pergi tu cari punye cari punye cari punye cari punye cari punye cari punye. jumpe pon. penat tak korang? ok sambung balik. waaaaaaaa. i macam kene serang histeria u!!! mule tanye abang yang jual tu macam-macam. dapat pegang, dapat picit-picit, dapat belek-belek, dapat kepuasan. kalau tak tengok dekat google image je. terima kasih en. google!


itu sugar glider dewasa. yang pegang tu pon orang dewasa jugak

1, 2, 3! die baru nak mulekan aksi teenage mutant abang i dah nak amik die masukkan dalam nie
|
|
|
|
|
|
|
ini sugar glider dalam sangkar biru tengah makan epal
*amboi makan epal. kelaaaaaas kau ye*

dalam keadaan yang sama
tiba-tiba
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
oh! ini bukan bapak nye sugar glider yang dah lanjut usia emas. ini abang i
*keadaan kereta. gagah jugak nak pergi. parking pon slumber je macam tu. WATLEK!*

p/s: masih tengah kumpul duit dalam tabung ayam untuk beli sugar glider. siape-siape yang dermawan nak bagi. i memang terharu sangat weh!

have a nice day!