9 December 2011

cinemalism #please dont

hello readers

lama tak update. busy. busy. busy. idea mencurah-curah nak keluar tapi kekangan masa takda. giler ayat. sembilu weh!

korang sekalian,
pernah pergi tengok wayang tak? bukan wayang kulit, bukaaan. tengok twillight dekat wayang kulit. memang berdarah hidung. :')

ok peeps. kali nie aku ada some cinemalism yang korang pernah rasa atau pernah buat. yang pernah buat tu sila baca sampai habis. tapi kalau anda rasa bapak anda ada share saham dekat cinema tu sila angkat tangan dan blah. why? lets cekidaut! #suka hati aku je cinemalism

1. menyanyi macam kau dekat karaoke jamban
owh please. orang yang macam nie mesti ada masalah kekeliruan tempat hiburan. time cerita tu senyap dan mendatar dia akan bersiul menyanyi. ha ar. memang cinema tu bapak kau yang punya. tolong hormat orang lain.

2. sepak-sepak seat
siapa pernah buat? aku cukup pantang orang buat macam nie. hello brother! kaki kau tu ada masalah kekejangan ke sampai tahap kau perlu sepak-sepak kerusi orang? tak feel ok kalau tengok movie dengan orang yang duduk seat belakang korang macam tu. cerita yang sedih boleh jadi emo marah-marah geram-geram.

3. no phone call 
nampak sign tu? reti baca? ok good tak payah aku nak translate. orang macam nie memang tak hormat privasi orang lain. memang betul dia guna tagline ha ar. memang cinema nie bapak aku ada letak saham. bombastic kaw-kaw!
kalau urgent sangat panggilan jawab jela. tapi bukan terpekik macam kau nak suruh orang lain jawab panggilan tu sama. tu panggilan minta penampar namanya.
hello! haa hello! tak dengar la. hello! kuat sikit. hello! owh kau ke senah!. makin kuat bunyi audio makin kuat suara dia. 
4. masalah perasaan @ tekanan perasaan
movie sedih kau ketawa tak hengat dunia. ahahaha! hahahaha! kahkahkah! hello kak, bang, ini menjengkelkan tahu. orang macam nie ada masalah kekeliruan keadaan. orang tengah mood sedih tetiba dia ketawa bagai lagsuir tercabut gigi mas karat. aiyoo

ahahaha, hahahaha, haaaaaaahahahahaha, ASAL DIA MENANGIS WEH?
contra kan balik. movie fun gelak-gelak sampai pecah perut tapi dia buat dunno dan terus menangis sampai sok sek sok sek sedut hingus. errr. kalau orang macam nie boleh tahan lagi.


atau mungkin yang ini?
rugi kau beratur panjang beli tiket lepas tu TIDUR.
5. arm rest stealer
hello guys! orang kurus pon ada hak juga



6. meraba-meraba
meraba-raba ke teraba-teraba.? rosak pandangan doe kalau orang macam nie. normally aktiviti nie aktivis couple yang selalu buat. alahai. buat malu orang kampung je.

7. director wannabes @ scriptwriter wannabes
tahu la kau dah tengok movie tu sampai 4 kali. tapi stop telling what next scene dekat orang kiri kanan kau. orang nak tengok movie ke atau orang nak dengar kau bercerita?

so macam mana nak deal dengan orang macam nie?
ehem, ehem. kak, boleh slow sikit tak?
brother, relax la. kita dekat wayang nie
shhhhh...shhh.. boleh perlahan sikit tak volume?
orang hulu mana la datang tengok nie?
pandang belakang jelim tajam *bagi kias sikit
ha ar. memang aku bayar tiket untuk dengar kau cerita

happy reading peeps!
till then. keep in touch~

3 comments:

  1. agak sempoi di situ ye....by the way tambah satu lg....igt ni wayang bapak ko ke yg nak buat hal kat sini

    ReplyDelete
  2. wahh! kawan aku dah makin sarcastic laa weyhh .. congratess.. hahaha :))

    ReplyDelete
  3. hakhak.. menyampah klo ada yang asyik sepak2 kerusi tu, rasa nak bagi pang je~

    ReplyDelete

hai korang...
thanx sebab dah bace...
ape lagi..komen la.hehe