22 July 2012

salam perantauan

alhamdullilah hari nie masih lagi bernafas untuk sambut puasa bulan yang mulia nie!. acaner korang puasa pertama hari nie? ada yang puasa sampai tengah hari? sampai petang? atau mungkin puasa sampai malam? itu advanced melampau nama nya.

puasa kali nie aku tak dapat balik rumah. maklum lah dah jadi siswi nie.. nak balik umah pon payah. abah kau! ayat dah macam aku belajar kat hujung peta dunia sangat.. well, tahun nie aku sambut puasa dengan housemate je. ayah call tanya nak balik ke tak.. tapi tetap tak nak balik padehal umah dari ipoh 1 jam setengah je. first reason, nak temankan kengkawan yang tak balik umah masing-masing. kesian plak dorang.. second reason, nak rasa lah jugak macam mana sambut puasa di PERANTUAN kaaaan...

so not bad laaa... pagi tadi  bangun sahur shima kejutkan. mula-mula niat nak minum air je. tapi di sebabkan sedap sangat bau dorang masak pagi tadi, tak boleh jadi nie.. walopon syaitan dah tak da, tapi nafsu tu tetap ada.. lepas je sahur, terus je buat solat tahajjud then keboooom..tidor sementara nak tunggu subuh. pagi tu biasa lah kalau dah sabtu tu bangun pon agak lewat sikit la jugak. pukul 7.45 je pon haaaa. bangun awal lepak bilik fatin dengan mira and macam biasa girls talk. tapi bukan mengumpat hokeh. dalam pukul 10 lebih kuar umah beli barang-barang dapur include barang-barang nak masak waktu berbuka. sebenarnya nak beli makanan dekat bazaar boleh je. tapi jenis aku better masak kat umah lagi puas. nak berasak-asak dengan orang ramai lagi banyak dosa plak aku dapat. aku nie bukannya boleh tengok benda yang pelik-pelik..

balik beli barang dapur terus solat zohor, baca quran sikit then terus tidor sampai petang. tudiaaaa bak hang.. agak penat jugak lah. bangun-bangun terus prepare untuk berbuka. menu berbuka untuk first day puasa, kari ayam, sardin, sayur campur, bihun.. haaaa. meriah lauk berbuka. habis je masak terus naik atas solat asar then sambung balik quran. pendek kata alhamdulillah aku buat tadarus sendiri. harap boleh habis kan 1 quran dalam 1 bulan..I/Allah. 

lepas berbuka shima pergi umah faizal classmate kteorang hantar bihun. banyak lebih. so bagi je semua. seriously even masak dekat umah pon tapi lauk banyak sangat. alhamdulillah rezeki Allah beri... then..maghrib, quran, isyak.,..terawih.. hari pertama puasa tak penat sangat, tak letih. rasa macam hari-hari biasa je. cuma solat tu lebih terjaga dari biasa.. and seronok sangat!!hehehe.. alhamdulillah. 


salam ramadhan semua!
ini over sangat lah... 

till then~


17 July 2012

happy birthday papa

salam..hello readers!

untuk story pasal entry lepas aku dah janji nak tulis kaaaaan? ok. nanti aku tulis. sebab panjang bhai cerita dia.. sultan melaka nak pinang putri gunung ledang pon tak habis cerita dia kalau nak bandingkan dengan cerita aku. ommaaaaaai.. veghie sweet moments!

tapi sekarang before cerita yang sekarang nie hilang dari ingatan better aku cerita kan dulu. bisa nggak??
tu dia bak hang! jumaat lepas, lepas balik dari UPM bapak terus amik bawa balik umah sebab esok nya ada kenduri aqiqah anak sedara aku. nak tau ceghite dia kejap lagi.. baca ceghite nie sampai habis dulu! haip!
sampai-sampai je umah terus buat slide show kat tv besau tu haaa.. presentation kat mak bapak konoooon..nasib tak panggil 1 taman terus. ok itu over sangat lah kan.

dah tengah-tengah lepak family angkat datang umah bawak kek.. dah bakpe cemgini sape punye harijadi.. tak terfikir langsung. astu kak bainun bagitau harini birthday papa. ommaaaaii..seriously memang tak hengat langsung. mak jemah dah tua kaaaaan.. yang over sangat kek tu siap tulis " someone from Jepun ". hahahaha..siapa lagi kalau bukan abang alan punya keje. secret recipe di terbangkan dari Jepun. ok itu dusta.

papepon..selamat ulangtahun papa. semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki!



kak bainun 

tudia tudia " someone from Jepun "


tumpang semuka pon boleh ye doook

may Allah bless you =)

what's next? banyak sangat cerita nie.. mak jemah pon dah banyak keje nak buat. al maklum lah semester baru dah start..kurangkan pesbuk tingkat kan entry! yeah walio walio ke bababoom!

till then. terima kasih =)

7 July 2012

hey P.A.D.I!

assalamualaikum readers..

so how tetiba je update.. haaaa... meh sini nak story sikit. kalau takda story takda lah aku tetiba je nak mengupdate blog yang dah di anak tiri sebab mak dia dah passed away.. ok merepek -.-

ape kene mengena PADI dengan entry nie? bukan padi-ni, bukan padi-padi, bukan padi jerami. tapi ini PADI yang mengumpul kan student architecture seluruh Malaya. program nie diadakan sekali je dalam setahun. rezeki aku dapat pergi tahun nie. tu pon sebab ada budak yang tarik diri last-last minit. hehehe. macam senior-senior aku yang lain yang join event nie dorang dah bertapa kat studio dekat sebulan agak nya.. aku datang 4 hari sebelum nak pergi event tu. rasa tak fair jugak la sebab aku tak rasa penat macam dorang rasa untuk prepare segala mak datuk nenek nak bawa gi UPM nanti. huhuhu. tapi semalam memang gua bertapa betul bhai. duduk kat studio sampai ke subuh. aku tabik la effort dorang untuk bagi gempak untuk event nie. tepuk sekaliiiii ^.^


gambar besar bagi gempak sikit ecewwah!
last event nie dorang buat kat UTM dengan tema TERANG. so tahun nie dekat UPM dorang buat tema PADI [ Passive Active Design Intervention ]. tak sabar mak jemah haaaa..
bercampur dengan senior-senior aku nie memang best. mula-mula datang tu memang la jakon semerbak aku. aku sorang je junior yang lain senior. next day, dan seterusnya baru la sheikh masuk dalam badan. baru hampa tau fathin nie macam mana. hahaha.. ok la.. pape pon cerita pasal event nie nanti aku update (kalau rajin).

till then. have nice a nice day!