salam ramadhan semua......
ingat lagi tak entry lepas yang pasal
P.A.D.I? aku janji nak buat entry pasal event tu ken tapi tak kesampaian sebab sibuk sangat semester baru dah mula. tapi ada je entry yang lain lepas event tu.. oh nom nom nom.. padi nie nak buat story dia panjang berjela-jela so nak pikir story timeline tu sangat malas. huh *sight*
sebelum pergi tu memang la kene buat persiapan as installation, persembahan, video dan sebagainya. macam yang aku bagitau entry haritu, effort dorang buat semua nie sangat thumbs up walopon banyak dugaan. tidor pon asalkan boleh je sebab nak siapkan semua sebelum hari nak pergi ke UPM.
|
persediaan installation |
|
installation dah ada bumbung |
tiba hari nak pergi dugaan yang kteorang dapat. ommaiiii... just imagine uoollss dari ipoh pergi upm serdang naik bus punya cantik siap tingkap ada tinted bagai tapi air cond problem. tudia bak hang! macam pergi sauna dekat genting highlands. sampai UPM, fasi kteorang bagitau kteorang ipta paling last sampai. so ok la macam nak pergi minang putri gunung ledang macam-macam dugaan. masuk dekat fsrb (fakulti seni reka bentuk) terus pergi setup our installation. masuk je sana tengok sume ipta/ipts busy setup dorang punya installation.
ada antara kteorang nie di bahagikan kepada 2 bahagian. pemerhati dan pesrta. tapi aku rasa takda motif pon dorang buat cemgitu, sama je. semua ambil bahagian, semua enjoy. lepas tolong sikit-sikit dorang untuk setup bagai tu kteorang pergi dekat padang pahlawan di mana semua kerajaan ipta/ipts berkumpul kat situ. untung aktiviti petang tu kteorang cuma conteng-conteng tiang dan lawan cheers. we support puo! ewah!
|
stages padang pahlawan |
|
fasi-fasi |
|
cheers begin dari kerajaan malaya |
|
kerajaan malaya |
|
hulubalang puo : kak mas, kak an, man, kak diana |
|
aktiviti menconteng papan |
|
kerajaan uia |
|
from left pikah dengan kerajaan ppd dan pmm |
|
they enjoyed! hulubalang puo: abg ijat, kak mas, kak diana, pikah |
|
kerajaan puo installation |
|
installation sedang setup |
|
from kerajaan psis |
|
from kerajaan itp ypj |
|
from ..... not sure. aku tak ingat. tapi yang nie aku berkenan |
malam nye kteorang buat aktiviti dalam kumpulan. that mean kteorang semua berpecah ke dalam kumpulan masing-masing berdasarkan tag name yang dapat. ada cicak, arnab, pepatung, semut, macam-macam lagi.aktiviti malam tu sempoi-sempoi saja, kteorang perkenalkan diri masing-masing dan buat aktiviti dalam kumpulan.
|
cucuk-cucuk ping pong kat tanah by is dari um |
|
ada nampak macam cicak tak? haip! angguk cepat ! |
|
sempuuuut... ini lutfi |
|
from left abg sidroh, paan, lutfi, man, abg ijat |
|
boyan nie best tahu! |
lepas habis semua program perut pon lapar. di sebabkan dinner dia awal pukul 6 lebih cemgitu dan supper pon tiada maka nya hulubalang-hulubalang puo pon decide pergi lepak dekat kedai mamak area situ jugak. masing-masing kelaparan di sebabkan kita nie perut melayu bukan amareka. lepas settle semua tu baru kteorang balik kolej dan tidor. nikmat bhai!....
esok nya.... nanti ok aku sambung lagi. banyak lagi nak cerita nie. terlebih cerita nanti melayang jugak kang design aku. isnin present, rabu submit, pastu cuti then raye! oooyeah! selamat...hari raya...kepada saudara serta saudari ewah!~~
till then.. terima kasih kerana membaca.