salam semua
hai korang!
hello peeps!
Jumaat lepas aku tengok rancangan Wanita Hari Ini. btw rancangan nie rancangan favourite aku. sebab program nie satu program perbincangan pasal masalah wanita zaman sekarang. and perasan tak topic kali nie dorang bincang pasal
bila anak pulang bawa calon menantu.
agak rasa tak puas hati la. sebab dorang kupaskan isu nie dengan semua wanita. i meant yang tetamu datang time tu semua
wanita. tetamu jemputan Norsheila and her daughter and also the woman motivator. sorry guys aku tak ingat apa nama dia. tapi sepatut nya invite lah motivator lelaki sama sebagai
penyumbang pendapat dalam isu ini.
bila anak pulang bawa calon menantu macam lah only
mak sahaja yang patut bagi
opinion. ayah pon kene juga.
korang pernah bawa balik
calon menantu untuk mak ayah korang ke rumah? semua pernah kan. aku tahu zaman laa nie sume orang dah open minded selagi tak berlandas kan syariat.
honestly aku dan abang-abang aku pon pernah. let see kita bagi pendapat berdasarkan pengalaman dan bukan sekadar
cakap tak serupa bikin ok?
bagi aku dengan siapa aku berkawan dengan siapa aku buat double kawan semua aku bagitahu parents aku. bukan aku nie jenis
anak duduk bawah ketiak mak 24/7. setiap mase kene buat report apa yang aku buat.
tapi
pandangan orang tua nie lagi berkesan dari pandangan kita yang semua dah jadi
positive bila dah suka someone tu. kan?
so bila nak cakap aku bawa balik calon menantu untuk mak ayah, pernah. tapi atlast. jadi
menantu tak jadi.
sebab pandangan mak ayah aku ada
pro contra. anak yang baik macam aku mesti kene ikut cakap mak ayah. so the relationship is
berekap. kawan biasa pon dah memadai. restu mak ayah more important. baik bagi dorang baik lah untuk kita.
back to the topic asal,
dalam program tu diorang hanya bincang kan pangkat, pelajaran, perangai, peribadi calon menantu tu.
"i akan terima bakal menantu if dia kerja bagus, pandai pikat hati i, pandai jaga anak i" plus pula the motivator tu ada cakap yang calon menantu bila bertandang ke rumah parents gf/bf tu kene lah sopan, pandai jaga hati. hello, is that the main point element ke kalau nak pilih calon menantu tu macam mane? haiyaa.
sorry to say. if u nak jadi motivator u should have some element part of the
religous- by Dr. Tuah. so conclusion aku tengok, dorang tak selitkan pon sikit pasal
4 perkara yang di maksudkan Rasullulah s.a.w kalau nak pilih bakal menantu, isteri, suami.
" 1] cantik/handsome @ ada rupa 2] keturunan 3] harta 4] agama "
bukan maksud aku dari
perkara tersebut, dia ada 4 pakej tu terus u take her bawa jumpa tok kadi
kami nak nikah sekarang! tapi u should think smoothly...
sebab hadis mengatakan:
1] jangan pilih wanita itu dari kecantikannya, sebab itu boleh bawa kehancuran
2] jangan pilih wanita itu dari kekayaanya, sebab itu boleh bawa kesombongan
3] pilih wanita itu sebab agamanya. sesungguhnya wanita yang hitam lagi cacat tapi taat beragama adalah lebih baik dari wanita yang cantik dan kaya tapi tidak taat beragama
4] pentingkan 1 itu iaitu agama nya, maka elok lah yang ketiga-tiga nya yang lain.
and ada pula makcik tu yang buat talian. dia mengadu pasal hubungan anak dia dengan boyfie anak dia. couple nie 21 tahun tapi nak stop belajar sebab nak kahwin. makcik tu tak setuju and suruh couple tu sambung belajar sampai degree.
"korang nak bercinta ke nak kahwin ke tapi tunggu la sampai dapat degree. atleast pendidikan tu ada"
anak dia dapat degree nanti comfirm ke dia dapat kerja? glurp! *garu-garu kepala.
sebenar nya nak jadi menantu pilihan bukan nya susah. asalkan kita tak menyusahkan mentua kita. pandai masak, didikan agama cukup, budi bahasa ada pon dah memadai. erh yeke?
mak aku pon pesan
suami nie kalau nak jaga dia senang, 'ikat' perut dia. bukan 'guna-guna'.
tapi masak lah!
bila dah mentua berkenan baru lah boleh meloncat-meloncat macam kangaroo kene belancan.
so wahai pakcik-pakcik, makcik-makcik sekalian. nasihat dari saya yang baru setahun jagung kenal dunia nie. elok kan lah anak-anak anda kalau anda nak menantu yang elok, yang baik.
baru nanti boleh canang
"menantu kau kerje ape piah? kerje drebar kapal terbang jee haaa" eceh!
jangankan nanti pula jadi macam nie
"menantu kau keje ape piah? kerje kat ospital je kata nya. bila oncall dorang panggil. tapi tak pernah plak aku tengok dia pakai kot doktor"
p/s: meriah kak ton promote produk dia. aku kat dapur pon boleh dengar dah suara dia. kecooooh -.-'
selamat membaca.
till then. keep in touch~