5 November 2011

kanak-kanak jujur

salam korang.. n happy aidiladha

hai. entry baru. gaya penulisan baru. masih kah?. masih dalam pembaikpulihan. hal-hal peribadi yang mungkin akan di kurangkan juga. sebab saya kaji balik maksud saya tengok blog orang, cari idea, kualiti bukan kuantiti yang kadang-kadang buat orang jelik nak baca. so what should i do, huh? berubah la kawan! bukan saya. tapi blog nie :P

saya suka sangat berkawan dengan kanak-kanak. sebab saya tak rasa tua bila bersama dorang. heh? apa yang dorang cakap bila bersembang dorang akan cakap jujur. serious. nak kritik kau pon dorang tak pandang kau tu siapa. tanpa selindung dorang akan puji/kritik kau dengan jujur. 

so guys. jangan korang nak rasa kecik hati atau ringan-ringan tangan nak menampar kanak-kanak bila dorang kritik kau. itu yang sebenarnya diri kau. cuba try kau tanya kawan kau. "weh, aku tak hot ke sampai takda market?" kawan kau akan jujur jawab "erh, mane ade. aku tengok kau lawa macam neelopa. mamat yang buta je tak nampak kau". itu kawan. but honestly kanak-kanak dia akan bagi jawapan "akak nie tak lawa" fullstop!

pernah sekali saya ikut abang pergi buka puasa dekat orphanage. ada 2 girls dalam lingkungan 7-8 tahun tak pasti, pandang saya senyum-senyum. then saya pergi dekat dorang "kenapa senyum-senyum pandang akak?" salah sorang dari cutest girl tu cakap "kawan saya cakap kakak comel" dorang terus blah sambil bisik-bisik. malu lettuw! fikir saya. terima kasih!

itu pujian......


benda nie berlaku masa sehari sebelum raya. sepupu saya baru berumur 7 tahun. kteorang decide dengan sepupu-sepupu lain nak keluar ke bandar. tengah-tengah bersiap dia tegur salah sorang baju kteorang "baju sapa nie? tak lawa. macam baju nenek" ok. dia memang berani bagi statement. cool huh? tersentap mungkin tuan empunya baju. kalau 10 orang budak kritik macam nie, memang saya pon akan sentap dan mengejek. eergh! kau tahu apa? kau budak-budak!.

itu kritikan.....


so kalau kau nak tahu apa kelebihan kau, apa kekurangan kau sila bertanya pada kanak-kanak. bukan kanak-kanak yang otak dorang dah 100 per 200% di pengaruh rakan sebaya or keadaan sekeliling tapi dorang yang masih baru kenal apa erti kehidupan. nie pendapat dan pandangan saya. ada apa-apa cadangan untuk menambahkan pengetahuan sila kongsi bersama.

selamat membaca!

till then, keep in touch~

p/s: masih dalam keadaan betul kan blog nie sebab tangan saya manual sangat nak menekan benda yang tak sepatutnya. at last, semua jadi tak kena. teruskan singgah ke blog ini. terima kasih yang bagi support!

2 comments:

hai korang...
thanx sebab dah bace...
ape lagi..komen la.hehe