23 June 2012

kemahuan

salam semua :)

aku update lagi! 
korang tahu semua sifat perempuan yang ada 9 nafsu 1 akal? pada lelaki comfirm awak-awak semua tahu, pada perempuan yang tidak tahu sila cari bakul baju lepas tu telangkup kat kepala. hape nie? malu je! 

2 bulan lepas tetiba nafsu aku yang 1 nak suruh aku beli kamera. untuk ape? untuk tunjuk pada orang yang aku ada kamera dslr, pergi jengjalan sangkut je kat leher macam bawa botol pergi sekolah. ok itu dah merapu. untuk aku buat kerja. memandangkan kos yang aku belajar nie kene banyak tangkap gambar. tapi kamera phone pon boleh jugak, 8.1 megapixel lagi. tapi dah nama pon nafsu... lagi kuat la naluri. aaaa jahat!

tengah-tengah merisik kamera yang nak beli tu tetiba tengok kawan dah pakai. acaner tu? sabar jah, sabar....
then ayah plak call aku dapat biasiswa. alahai...lagi menyokong la hasrat nak beli. hohoho *gelak jahat*
tanya mak ayah dorang cakap terpulang pada aku. tanya abang aku...dia tanya aku balik, nak beli kamera mahal-mahal tu 1 keperluan ke kemahuan? mesti la kemahuan! haaaa.. jawapan dia tak payah beli.! so next days, memang dari azali aku nie keras kepala.. dalam diam aku terus pegi beli. tapi tanya dulu en. palova, canon atau nikon lagi ok memandangkan dia photographer... dia cakap nikon. fuuuh..aku beli terus sorok baik-baik bawah katil. 

lepas seminggu baru aku bawa keluar dan buat muka teruja tekan flash " haaaa...terkejut tak?? " dan-dan dorang cakap bertuah punya budak! hahaha.. tapi bila fikir-fikir balik betul juga cakap abang aku. sebabkan nafsu, kemahuan...sekarang kamera tu aku jarang guna. letak je bawah katil biar kan habuk buat decoration nye sendiri. tak rasa pon nak tangkap gambar tetiba. kalau keluar lepak dengan family, mak suruh bawa pon aku cakap malas. sebab dah niat nak beli untuk buat kerja so tak terasa nak tetiba say cheese. *konon tangkap gambar*

take your own risk *tetibe*

in fact, korang kalau nak beli something tak kira la mahal atau murah pon fikir la doploh lima kali sampai lebam biji mata benda tu berguna atau tak. jangan jadi shopaholic macam aku. baju yang beli pon tergantung lagi dalam lemari tak pakai-pakai tu pon still nak beli yang baru. buruk perangai bhai!

15 June 2012

love u ayah!

hello readers!

kali nie rajin sangat lah aku nak update blog nie. oh ya, sebenarnya dah lama pasang niat nak buat pavlova. tahu tak pavlova tu apa? ala yang manis-manis tu, yang lembut-lembut tu, pendek kata yang sangat awesome tu. ok comfirm korang tak paham sebab nie bukan soalan ujian kelas memandu. sila pergi pada new tab, type google image, search pavlova. haaaa, sila telan air liur tu dulu.

so bila niat tu dah di seru-seru, aku tekad juga nak buat. hehehe. memandangkan hari bapa pon nak dekat.. haa. elok sangat lah tu. first time buat kene ada gaya confident yang tinggi ya adik-adik.... kalau tak, boleh kejang terbantut pavlova tu. petang tadi aku mula buat, malam baru dorang dapat rasa pavlova nie..

pavlover... erh?

komen ayah not bad..sedap sebab combination yang menarik dengan buah kiwi dan stroberi *dah macam masterchef plak* and last word dia yang best tu.. " pandai buat dah boleh kahwin dah " . huk, huk, huk....tersedak mak jemah!!.

last but no least :').......

::korang plak macam mane? jom share!

13 June 2012

im not like the others

mood: sambil taip sambil mata berair

mak jemah sila jangan senyum saja. please put you in my shoes. sila sopan sikit. ok dah takde kena mengena. oh ye entry kali nie nak meluahkan perasaan yang sangat sadis nie.

kenapa lahai parents aku walopon dorang sporting tapi kalau bab-bab aku gitau nak pergi have fun dengan kengkawan jawapan dorang " tak boleh. no means no. full stop " . i mean have fun tu just holiday with girlfriend. why? girlfriend aku bukannye jenis yang bukan-bukan merepek meraban. kadang-kadang terasa juga kenapa parents aku tak macam parents orang senang-senang je bagi permission pada anak dorang untuk keluar dengan kawan-kawan asalkan pandai jaga diri. tapi kejap je.. hati nie kadang-kadang naughty juga. tak bersyukur langsung dapat makayah yang best macam dorang. hihihi ^^

baru-baru nie kawan aku text ajak pergi melaka. memandangkan kteorang tak habis lagi cuti so plan nak pergi melaka. tapi mak tak bagi. tanye Jieha, mama dia bagi asalkan pandai jaga diri. tanye mak aku, " mak kata tak boleh! full stop! " mata dah bergenang :'(  tambah ayah, selagi kau bawah jagaan ayah, ayah tak bagi.. nak pergi jauh-jauh mesti dengan family. nak pergi dengan orang lain tunggu kau dah kawin. ok. bagi kita kawin cepat! nak kawin!

sebenarnya plan aku time cuti nie nak balik rumah nenek dekat johor. konon plan ala travel sendiri lettuw. sekali bagitau mak, terus dia soal siasat macam aku plak yang bunuh ayam yang kehilangan bininya ketika bermain di sawah padi. kau nak pergi dengan siapa? naik apa? bape hari? last words mak, kau tak tengok kes-kes sekarang nie... budak kene culik, kene jual, ragut, bla, bla, bla.... cuak bhai! kata-kata seorang ibu nie macam doa. terus simpan hasrat tu baik-baik dalam beg baju.

pernah sekali aku balik rumah naik bas dari poli memandangkan takde driver yang datang nak amik *sekali tu jela naik bas*, setiap setengah jam mak dengan ayah call dah naik bas ke belum, sampai mana.. aiyooo.
tapi nak jugak rasa jadi jahat off terus phone. tapi slow-slow pujuk hati jangan buat cemgitu. derhaka nama nye tu! aku pon tak tahu la sampai bila ayah mak nak over care aku macam nie. *garu-garu kepala*

tapi pagi tadi mak teh call aku tanya nak ikut tak dorang pergi hantar my bestie cousin further study dekat kuantan sabtu nie. dengan nada hampa aku jawab kena tanya mak dulu. pastu mak letak phone tetiba je mak tanye, nak ikut tak pergi kuantan. ommaaaai.. betul ke mak aku nie?? hahahahaha. .tu jela entry luahan hati tak bertali-tali kali nie. mak ayah baca entry nie habis la masak kari kepala beruk la aku~ muahehehe



miss my holiday ;)